Posts

Showing posts from May, 2017

Caught my eyes on you

Salam Ramadan gais. Hari ni dah second day puasa. Aku pulak baru second day puasa, dah terlepas sahur. Iftar semalam pun minum air je. Dah malam tu baru aku makan sikit. Lewat tidur la ni. Memang penyebab utama segalanya. Alarm bunyi pun tutup balik lepas tu lupa nak bangun. Mamai :D
Beberapa hari ni, memang ada sikit tak keruan la. Pasal sorang mamat ni. Mamat ke? Mamat apa umur dah 34. Hahaha
He's just a regular customer. Dulu-dulu masa baru kerja, selalu je nampak mamat ni tapi tak kisah sangat. And masa tu I thought he's a married guy. Turns out sekarang bila dah geng, team single rupanya. Dia ni collector Hotwheels. Masa awal-awal dulu, memang ada jugak la cuci mata tengok kalau beliau ni masuk kedai pasal dia ada killer smile. Senyum manes tahap potong kaki. Tak pernah aku tengok dia ni tak tersengih. Memang tak pernah tengok dia buat muka serius tahap nak petir orang la. Asal tengok, dah ada dah segaris senyuman. Yelah masa tu mana nak kisah sangat, ingatkan laki orang…