Caught my eyes on you

Salam Ramadan gais. Hari ni dah second day puasa. Aku pulak baru second day puasa, dah terlepas sahur. Iftar semalam pun minum air je. Dah malam tu baru aku makan sikit. Lewat tidur la ni. Memang penyebab utama segalanya. Alarm bunyi pun tutup balik lepas tu lupa nak bangun. Mamai :D

Beberapa hari ni, memang ada sikit tak keruan la. Pasal sorang mamat ni. Mamat ke? Mamat apa umur dah 34. Hahaha

He's just a regular customer. Dulu-dulu masa baru kerja, selalu je nampak mamat ni tapi tak kisah sangat. And masa tu I thought he's a married guy. Turns out sekarang bila dah geng, team single rupanya. Dia ni collector Hotwheels. Masa awal-awal dulu, memang ada jugak la cuci mata tengok kalau beliau ni masuk kedai pasal dia ada killer smile. Senyum manes tahap potong kaki. Tak pernah aku tengok dia ni tak tersengih. Memang tak pernah tengok dia buat muka serius tahap nak petir orang la. Asal tengok, dah ada dah segaris senyuman. Yelah masa tu mana nak kisah sangat, ingatkan laki orang. 

Then, sampaila satu ketika, aku perhati dia suka sangat datang lawat Hotwheels. Ngabas kata orang Sarawak sitok. So aku masa tu sebagai seorang retailer prihatin, rajin la nak offer diri nak bagitau kot kot ada stock baru, so akan directly inform kat dia. Dia pun bagi je phone number. Tapi aku tak guna untuk kepentingan peribadi masa tu. Aku letak kat meja supervisor pasal kitorang ada satu name list collector Hotwheels berserta nombor henpon diorang. Ada yang single, ada yang dah kawen. Yang dah kawen memang kick out la dari list nak try kan. Hahahaha tapi aku memang takde try mana-mana lelaki lagi setakat ni sebab sedar diri wajah tak berapa sangat. Buat biasa je lah. 

So, apa yang buat aku tetiba in contact ngan mamat ni? Kisah ni bermula tahun lepas. Adalah suatu ketika dahulu Hotwheels ni lama sangat tak datang stock sampai para collector semua tak senang duduk menantikan kedatangan koleksi terbaru kereta mainan fevret diorang. So, apabila Hotwheels dah reach outlet, maka supervisor aku yang cantek lagi manis tu pergi contact semua collector sekali gus. Memang kelakar masa diorang tu datang. Berkerumun. Tinggal tak bertumbuk je. Kebetulan, masa diorang tu datang, (pasal aku kenal semua collector), aku perasan mamat ni tak de. Tapi lantaklah bukan hal aku. 

Nak dijadikan cerita, akhirnya masa stock terbaru sampai masa Disember lepas, aku teringat pasal mamat ni. Tak tau kenapa boleh teringat, so aku pun cepat-cepat masuk opis dan cari nama dia. Taknak letak nama betul la kang jadi satu kerja. Ni pun dah tahap gila aku pegi share kat sini. Aku guna nama Is jelah. Is ni memang ada terletak dalam nama panjang dia so guna jelah. Walhal aku panggil dia guna nama lain. Is kat dalam sini jer. 

Bila aku jumpa nama si Is dan nombor telefon beliau, aku save kat henpon. Bangang tak? Rajin sangat pergi save dah kenapa. Dan lagi bangangnya, aku terus direct Whatsapp. Patutnya aku send SMS je. Sampai ke minit datangnya Is ke kedai, aku masih lagi menyesali keberanian aku pasal jaguh sangat send kat Whatsapp. Datang je si Is ni, aku terus bagi dia kelebihan untuk bukak Hotwheels yang fresh. Takdela fresh sangat, aku dah letak price tag pun so secara tak rasminya aku la yang bukak dulu. Hoho. 

Selepas Is selesai pilih semua model yang dia nak, dia bayar kat kaunter. Dan aku sekali lagi dengan gilanya ikut si Is keluar kedai. Yang dah sampai tahap ni aku dah tak tahu apa yang rasuk aku tapi ni benar-benar gila. Is pun perasan kot aku ada kat belakang. Kat situlah bermula perkenalan kitorang. Aku tau nama dia tapi dia tak tau nama aku. Sampai atas tau aku dengan dia berjalan beriringan. Aku memang nak gi tandas jugak masa tu. Dia pulak nak letak Hotwheels tu dalam kereta kot tak taulah.

Dia ni memang ada satu habit, walaupun dia dah cakap thanks directly masa kat kedai, pun tetap sibuk-sibuk jugak send kat Whatsapp. Biasanya beberapa jam kemudian dah boleh buat aku kembali sengih lebar. Pasal tiap kali dia cakap thank you, memang akan teringat dia punya senyuman tu. Halahhhh.

Start dari situ, memang ada jugak la chat dengan Is. Nak kata selalu, tak jugak. Just kalau ada new stock, memang akan direct terus bagitau dia and of course akan tanya ada kat Bintulu tak. Is kerja di luar Bintulu so memang susah nak nampak. Kalau tak pasal Hotwheels, aku je yang pegi gatal-gatal tanya sengaja nak kacau orang. Mengada sangat.

So, 2 hari lepas, aku sepatutnya sedang bercuti tapi atas permintaan supervisor, aku diminta datang untuk tolong up promotion. Supervisor sibuk dengan nak atur kedai sebelah tu and dalam masa yang sama sekarang memang musim harga semua naik. Banyak yang kena tukar. Aku mintak cuti Khamis, Jumaat, dan Sabtu. Sebab memang nak cuti masa first day puasa. Tup-tup hari Jumaat diminta datang so aku just replace jadual hari ni la. Thats why aku still cuti hari ni. Kebetulan sangat la, aku datang je terus ada new stock sampai. Ngam-ngam pulak Hotwheels sampai, perghhh aku sepantas kilat tanya Is. Pakcik ni pulak ada kat Bintulu. Nice!

Petang tu jugak seperti yang dijanjikan. Is datang untuk ambik kegemaran beliau. Aku pulak sibuk dengan price tagging dan of course semata mata nak menyambut kedatangan Is, aku bukak Hotwheels dulu la kan.. Hihi. Aku mulanya tak perasan sangat dia dah ada kat sebelah sebab supervisor aku tu tetiba bersuara dan menegur Is. Aku memang tak perasan. Aku ingat tu kawan supervisor ke apa. Tiba-tiba ada ayat melantun keluar dari mulut supervisor aku tu, "aku tinggalkan kitakorang berduak lah oh." Terus aku toleh. Wah wah betul punya sakat ni. Dah ada dah Is dan senyuman manis beliau tu alahaiii. Nasib bukan ais. Kalau tak dah cair dek kehangatan cinta cia cia ciaaaa~

Lama jugakla berlaku sesi perbualan diorang. Macam-macam jugak la cerita keluar. Seronok sebenarnya berbual dengan dia ni. Dia jenis open je. And paling seronok kalau dia dah mula cerita pasal rahsia mengenai Hotwheels. Usually kalau dia nak cerita pasal rahsia Hotwheels ni, dia akan rapatkan badan dia seolah nak berbisik. Masa tu la rasa macam jantung nak melompat keluar.  Tapi tak guna gak kalau dia cerita macam-macam. Aku mana la kisah sangat. Tapi demi dia, aku sanggup dengar. Ohhhh indahnya dunia~

Rasanya ada lebih setengah jam. Dan aku boleh setelkan beberapa vendor jugak la sambil-sambil berbual dengan dia. Dia pulak sibuk pilih model-model yang dia nak. Entah berapa kali keluar masuk kotak semata-mata nak tengok satu persatu. Sabo jelah. Kebetulan, dia nak bagi bubur pedas. Sempat pulak tanya aku, "ktk pande polah bubur pedas sik?" Aku mengaku aku tak reti. Tapi aku tak bagitau dia yang aku tak pernah makan bubur pedas pun. Pasal dalam tu ada banyak sangat sayur. Hahahahah! Siap tanya lagi aku balik pukul berapa. Dan katanya, harap ada bahagian untuk aku. Aku pun tak kisah sangat ada ke tak. Sebab teringat dia pun dah mewarnai hariku. Hahahahah! Ampun.

Akhirnya dah tiba waktu nak balik masa tu. Jam tempat kerja aku laju 13 minit. So dalam 9.50 malam jam biasa kitorang dah balik dah pun. Aku sampai rumah pun sharp pukul 10 malam setiap hari. Is pun tak bagitau nak hantar ke tak. Aku pun penat sangat dah masa tu, malas nak kenang sangat. Cucuk kunci, pakai helmet, start enjin skuter, blah balik. Kira kira setengah jam lepas tu, ada datang mesej tanya, aku kat mana. Aku cakap la dah kat rumah. Walhal aku dah tau dia tanya pasal dia nak hantar bubur pedas. Saja je buat-buat lupa. Kang bagitau perkara sebenar, kecik pulak hati orang tua tu. Dia offer pulak nak hantar ke rumah. Hah????

Part tu dah cukup buat aku rasa sangat sangat bersalah. Dah la orang tu tunggu kita depan tempat kerja, tapi kita dah blah balik. Dia nak offer pulak hantar ke depan rumah. Ya Tuhan. Kenapa baik sangat dia ni? Aku berkobar-kobar tau tunggu dia sampai. Sebaik je dia send mesej tanya rumah aku mana satu. Aku cepat-cepat berlari dari dapur ke ruang tamu dan capai sweater serta melilit tudung ala kadar. Kebetulan dah malam so berlaku sedikit fashion disaster. Baju kelawar, track suit, sweater hitam dan tudung biru. Maafkan saye.

Apa apa pun, baru teringatkan dia je aku dah boleh sengih sorang. Dia jugak bagi buah mempelam. Aku pun tak berapa sangat mempelam ni jugak tapi demi orang yang dah bagi tu, tersengih jugak la kalau nampak mempelam tu. Hahahahah!

Kebetulan petang tadi, ada orang ketuk pintu bagi salam. Benda yang terlintas dalam fikiran aku adalah Is. Jenguk dari tingkap, lah! Cousin sendiri kot. Angau sangat ni yarabbi.

Aku sebenarnya tak nak fikir sangat pasal benda ni tapi tak tau kenapa asyik dia je yang muncul. Kang aku jugak kecewa tertonggeng kalau ada berita lain muncul. Tapi jujur sangatlah, berbanding dengan rakan-rakan yang pernah aku crush kat diorang, so far ini yang paling ngam. Cuma yelah. Tak nak kantoi sangat. So, berusaha buat macam biasa. Walhal jantung rasa macam nak melompat keluar je.

Jadi, ini jelah yang aku nak bagitau kali ni. Hahahahah bai 

Comments

Popular posts from this blog

Minah sekut

Majlis Perwakilan Pelajar

Rabak