Sabtu

Haluu! Dah lama dah nak update kat blog ni tapi pasal payah benoo nak connect laptop ni ke wifi, memang ambik masa la nak kasi kepala tak ni bijak sikit macam mana nak atur sendiri masalah ni. Kalau aku tanya bapak aku, memang jawapan beliau, "hantar kedai." No no. Aku dah ada rekod kat kedai. Pasal mamat tu cakap hari ni hantar esok siap. Tapi esoknya dia bagitau, tunggu dia kol. Baru datang ambik. Banyak cekadak la kau. Menipu.

So kali ni nak ceritalah pasal hari Sabtu. Ye sabtu. Saturday. Hari Sabtu bagi orang lain mungkin agak indah pasal boleh bangun lewat sikit. Atau meluangkan masa dengan family dan macam-macam lagilah. Aku pun rindu nak dapat offday hari Sabtu. Jarang dapat.

Aku nak tanya, berapa ramai yang ingat pasal kempen yang berlaku pada hari Sabtu? Kempen "No Plastic Day". Dulu-dulu, aku tengok banyak kedai yang menjalankan kempen ni kat Bintulu. Sekarang? Aku rasa macam Popular Bookstore je buat. Aku taulah pasal aku kerja kat situ.

Sejujurnya, aku paling tak suka kalau bekerja hari Sabtu. Lagi-lagi kalau ngam on duty cashier. Selain dari akan berlaku long queue, kat situ jugak berlakunya kebangkitan customer aneh-aneh. Elok 5 hari tak nampak diorang, hari Sabtu jugaklah diorang muncul untuk menyusahkan orang. Tapi bab menyusahkan tu bukan benda utama aku nak sentuh kat sini. Yang tu memang hari-hari jumpa perangai sepesen. Dah masak dah. Heh!

Sebagai on duty cashier hari Sabtu, soalan wajib untuk diajukan kepada pelanggan ialah, "Hari ni plastik ada caj 20 sen. Perlu plastik?" Ada 2 respon mudah terhadap soalan ni. 

  • Senyum. Angguk. Caj Plastik 20 sen
  • Senyum. Geleng. Taknak plastik. Lekat sticker SOLD je. Blah dari kedai. Cashier senang hati.
Tapi, kebarangkalian untuk jumpa pelanggan yang memberi respon mudah seperti di atas adalah sangat tipis. Yang biasa datang kedai je tau macam mana. Kadang-kadang takyah tanya. Dia siap-siap bagitau tak nak plastik. 

Kebanyakan respon yang aku jumpa, sangatlah menyakitkan hati. Ni baca betul-betul. Jangan la korang mengikut perangai macam di bawah kalau sekiranya korang ke kedai yang caj plastik 20 sen pada setiap Sabtu.

Cashier : "Hari ni plastik ada caj 20 sen. Perlu plastik?"
Customer : *blur. Tenung muka cashier. Nasib muka cashier takde jerawat*
Cashier : "Perlu plastik? Caj 20 sen."
Customer : "Okey"
Cashier ; *dah click button No Plastic Day*
Customer : "Eh takyah la. Muat beg"

Mau tak sakit hati. Tadi cakap nak. Pastu tak nak. Dah la nak Item Cancel pun perlu manager ID. Fikir la beul-betul nak plastik ke tak. Blur lagi. Huh!

Cashier : "Hari ni plastik ada caj 20 sen. Perlu plastik?'
Customer : "Yelah kang takde plastik orang tuduh aku curik pulak!"
Cashier : *Hek eleh emo pulak kau nih!* 
Boleh je cakap nak plastik kan?

Cashier : "Hari ni plastik ada caj 20 sen. Perlu plastik?"
Customer : "Apuuu namahal bisi caj plastik diatu? Kaya kitak ngecas plastik 20 sen tiap ari?"
Cashier : "Hari sabtu jak, ibuk."
Customer : "Ngai ku datai dituk ari Sabtu ilak."
Cashier : *au meh ibuk. Nibuh datai agik la. mayuh kumplin mai*
Perbualan dalam bahasa Iban. Kalau tak paham, sila cari rakan anda yang berbangsa Iban.

Customer : *letak bakul penuh item kat kaunter.*
Cashier : "Hari ni plastik ada caj 20 sen ye." *Saja nak inform. Bukan tanya*
Customer : "Kalau tak de plastik macam mana aku nak bawak barang banyak ni?"
Cashier : *kalau aku hempas barang kat dalam bakul ni, kurang ajar pulak rupanya*
Kang aku caj je 20 sen tak inform, marah pulak.

Customer : *beli pen 5 batang*
Cashier : *Siap scan, letak barang dalam paper bag kaler coklet tu*
Customer : "eh macam waffle!"
Cashier : haha. *perut lapar.* 
Jangan sebut pasal makanan. Aku lapar.

Cashier ; "Hari ni plastik ada caj 20 sen. Perlu plastik?"
Customer : "Takyah dik. Ni semua buku budak-budak. Kasi lekat sticker je. Biar diorang bawak sendiri"
Cashier : *selesai proses pembayaran*
Customer : "Ni barang ni. Bawak sendiri.!"
Anak customer : "eh takde plastik ke?"
Customer : "Takde. Caj 20 sen."
Anak customer : *tengok balik muka cashier*
Cashier : *buat muka serius*

Kena kat aku, memang menangis budak cari mak dia pasal muka aku sejenis yang macam nak pukul orang. HAAHAHAHAHAH!

Banyak lagi kerenah sebenarnya. Dan jawapan pun macam-macam. Tapi biasalah. Korang boleh je jawab tak nak plastik instead of bagi macam-macam jawapan. 20 sen je kut. Kalau nak, bak sini 20 sen. Tak nak, sudah! Ni nak bagi jawapan nak komplen la apa la. Ni kempen sayangi Bumi. Banyak cekadak tul. Kalau nak sangat plastik, datang hari lain la. Jangan hari Sabtu. Pukul kang haaa!

Sekian bai.




Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

I Am Popularian