Penantian Berharga

Waktu telah berbicara, menanti tak sia-sia~

Yeah.

Lama tak update. Sejak laptop tu payah betul nak bekerjasama dengan wifi. Malas nak angkut laptop besar gedabak sana sini. Baik aku update guna henpon je senang.

Setelah setahun menunggu, macam macam hal aku dah tengok. Belajar perangai alam sekeliling. Akhirnya, setelah menanti lama, walaupun kadang kadang memang rasa nak give up, aku menerima tawaran belajar di Universiti Putra Malaysia. Syukur syukur Alhamdulillah.

Setahun bukan tempoh singkat.

Ogos 2016, aku betul betul berharap masa tu supaya aku dapat sambung study. Tapi kecundang. Lama aku kecewa. Sampai tukar kontrak kerja jadi staf tetap di Popular.

Ogos 2017. Rupanya penantian membuahkan hasil. Tak sia sia aku meletakkan sedikit harapan untuk melanjutkan pelajaran walaupun hati selaluny memang rasa dah tak nak dah. Tak sudi dah nak ke mana-mana. Elok cari duit sendiri.

Flashback masa tarikh UPU diumumkan. Pagi tu aku saja bangun awal nak hantar kawan kerja kat bookfair. Pasal dah janji. Walaupun masa tu aku kerja shift tengah hari. Lepas hantar dia, aku pergi merayau-rayau. Pukul 11 pagi baru aku balik rumah. Kena siap siap untuk turun kerja.

Dah nak pukul 12 pun aku still duduk kat rumah. Cuma dalam keadaan hampir siap jelah. Biasa dah ada kat tempat kerja. Tunggu time nak masuk kerja je. Sharp pukul 12, terus hantar mesej kat 15888. Dengan harapan diorang reply sepantas kilat. Haramm. So aku pun start motor, terus blah gi kerja. Ngam baru nak keluar simpang, tetiba dengar fon bunyi tapi pasal aku kat atas motor, aku sabarkan jelah hati. Nanti kat tempat kerja baru check.

Sampai je mall, ingatkan mesej yang sampai tu mesej bagitau result. Rupanya mesej peringatan macam mana nak check result. Ceh! Terpaksa la aku hantar lagi mesej tu. Membazir 20 sen aku je.

Ngam ngam masuk ofis, terus ada mesej bagitau aku berjaya menerima tawaran belajar. Ya Allah! Syukur Alhamdulillah! Aku tunjuk terus mesej tu kat supervisor. Akhirnya satu ofis tau aku dah berjaya!

Terus pada hari yang sama aku buat resignation letter. Berkuatkuasa 3 Ogos. Hari terakhir bekerja, 2 September. Pasal aku akan mendaftar pada 6 September di kampus Serdang.

Seharian tu aku jadi orang yang paling happy. Dan seharian tu jugaklah akak akak dan abang abang aku kat Popular tu menurunkan ilmu kat aku. Semua mention pasal, jangan culture shock sangat. Pandai pandai jaga diri. Terharu sangat.

So guys. Walaupun proses menunggu tu menyakitkan, jawapan proses tersebut memang akan bagi hikmah tersembunyi. Tahun lepas, aku tak dapat tawaran belajar. Tapi aku belajar macam mana suasana bekerja. Aku menyesuaikan diri dengan tempat kerja. Fokus lebih dari sebelumnya.

Setahun aku di sana, tak perlu arahan, aku dah tau apa nak dilalukan.

Tahun ini, alhamdulillah. Haritu masa apply, walaupun tak mengharapkan sangat tapi minda memang menggalakkan aku untuk meletakkan sedikit harapan untuk dapat tawaran. Sambil sambil tu aku buat je kerja aku. Macam biasa.

Yang tak berjaya kali ini, try lagi. Rayuan dibuka. Aku doakan korang berjaya. Insha Allah dengan izin Allah.

Course PB03, kita jumpa September nanti di Universiti Putra Malaysia kampus Serdang.

Selamat malam semua.

Comments

Popular posts from this blog

Minah sekut

Majlis Perwakilan Pelajar

Rabak