Posts

Showing posts from September, 2017

Mana ampun kau?

Yo! Dah lama sangat tak update since dah masuk UPM ni. Rasanya dah 3 minggu aku kat sini. Ke 2 minggu lebih. Sebab kuliah dah masuk minggu kedua dah. 2 minggu lebih la kot.
So far, hidup kat uni memang berjalan seperti yang aku jangka. Dah takde sakit-sakit bahu lagi dah sebab perlu menyental baju hahahaha! Well sebab kat rumah dah biasa sangat guna mesin basuh kan. Tikam je baju masuk mesin basuh dah tu, walla! #spoiledchild
Minggu orientasi haritu memang tahap barai giler la sebab kena stay up late sampai pukul 1 pagi. Balik bilik bukan terus tidur. Kena basuh baju pulak. Kang makin banyak baju mampus aku nak sental satu-satu. Peluh jangan cakap la, boleh perah masuk botol air mineral. Pasal tak cukup tidur tu, setiap kali ada event kat dewan besar, aku bantai tidur. Biarla sakit tengkuk tidur tunduk, yang penting hasrat mata untuk rehat tu tercapai... Yang stay up late tu bukan apa, nak berlatih cheers. Dah berjalan masa orientasi haritu kat Bukit Ekspo. Nasib menang tempat ketiga…