Mana ampun kau?

Yo! Dah lama sangat tak update since dah masuk UPM ni. Rasanya dah 3 minggu aku kat sini. Ke 2 minggu lebih. Sebab kuliah dah masuk minggu kedua dah. 2 minggu lebih la kot.

So far, hidup kat uni memang berjalan seperti yang aku jangka. Dah takde sakit-sakit bahu lagi dah sebab perlu menyental baju hahahaha! Well sebab kat rumah dah biasa sangat guna mesin basuh kan. Tikam je baju masuk mesin basuh dah tu, walla! #spoiledchild

Minggu orientasi haritu memang tahap barai giler la sebab kena stay up late sampai pukul 1 pagi. Balik bilik bukan terus tidur. Kena basuh baju pulak. Kang makin banyak baju mampus aku nak sental satu-satu. Peluh jangan cakap la, boleh perah masuk botol air mineral. Pasal tak cukup tidur tu, setiap kali ada event kat dewan besar, aku bantai tidur. Biarla sakit tengkuk tidur tunduk, yang penting hasrat mata untuk rehat tu tercapai... Yang stay up late tu bukan apa, nak berlatih cheers. Dah berjalan masa orientasi haritu kat Bukit Ekspo. Nasib menang tempat ketiga uols. Kalau tak menang, tak tau lah apa function sampai sakit tekak suara pun dah garau macam jantan. Berhujan berpanas pulak tu masa tengah cheers kat Bukit Ekspo. Habis muka aku yang dah sedia tak berapa nak cerah ni jadi makin gelap. Ada 2 tona pulak tu. Tak hilang-hilang! Dah minggu ketiga ni diknon. Aku ni dah la bukan pengguna apa-apa produk. 

Aku stay kat aras 3B. Pasal dia ada 5 aras pastu terbahagi kepada wing A dan wing B, so memang menapak la hari-hari. Aku sendiri selalu salah pergi aras 3A. Mabuk penat sangat berjalan la tu. Pagi-pagi memang tahap liat nak bangun tapi thank God ada roommate yang bangun terlebih awal then bukak lampu sampai silau mata aku. Pagi-pagi kena elak sesi menyumpah ye adik adik. 

Ada satu hal yang berlaku dan ini memang berada di luar jangkaan aku. Satu ni je yang buat aku terkejut tahap gila tutttt. Aku tiba-tiba dituduh mencuri! Watdefak! Masa tu hari Khamis. Dan kelas aku sekejap je. Pukul 10 lebih aku dah kat kolej cari makanan. Biasa la perut storage macam ni memang kena isi. Kang aku pengsan, takde orang nak angkat aku. Paling-paling diorang seret je aku. 

Kitorang sebilik ada 4. Sorang senior merangkap timbalan presiden Majlis Tertinggi Mahasiswa so memang susah gila nak nampak muka dia melepak dalam bilik. Paling-paling dia masuk bilik sebab nak tidur je. Sorang dari utara. Sorang pulak budak Pahang. Yang senior tu sebaya aku je sama umur dari Kedah ka Penang ka aku taktauu~

Alkisah nya yang budak utara ni hilang purse dia. Harus diketahui ya wahai pembaca-pembaca sekalian... aku dengan yang Pahang tu keluar tau. Kelas kitorang singkat je. Yang Pahang keluar pukul 11 pagi dengan pakwe. Aku pulak keluar pukul 2. Yang budak utara tu pulak rasanya masa aku dah keluar kot baru dia balik bilik. Pasal masa aku keluar, dia takde. So boleh dikatakan kami langsung tak bertemu pada siang harinya. Aku masatu dengan jiran bilik sebelah pergi The Mines tau. Siap sesat lagi dalam mall tu. Pasal dia nak beli laptop dengan printer so dia ajak aku sebagai teman. Aku on je pasal takde nak buat apa-apa. Masih minggu pertama so keluar jelah dari aku tidur sepanjang hari.  

Aku balik dari The Mines pukul 6 petang tau. Yang Pahang pulak balik pukul 7 lebih. Yang utara pulak takde pegi mana-mana so seharian tu memang dia sorang je dalam bilik. So kitorang stay berdua jelah dalam tempoh sejam tu. Aku meman takde ke kawasan dia. Masuk je bilik saja tegur sesama roommate, pastu aku buat hal sendiri. Mandi, basuh baju. Kemas-kemas kawasan aku. Tak lama lepas tu yang Pahang pulak balik bawak banyak barang. Aku masa tu just perati je dia kemas semua barang-barang yang dia beli. Macam nak buat stock 2 bulan dah aku tengok. 

Dalam aku tengah elok baring-baring,yang utara tu pun nak keluar jap katanya. baru dia perasan purse dia takde. Habis semua barang dia bongkar. Yang barang dia jelah. Panik gila dia masa tu cari purse memang tak jumpa. Katanya sepanjang hari tu dia takde pergi mana-mana. Duduk dalam bilik kemas kawasan dia. Ada jugak katanya kemas-kemas isi purse tu. Aku dengan yang Pahang just suruh dia cari betul-betul kut misplace kat mana-mana ke. Ingat balik bila last pegang purse. Mana tau boleh trace dari situ je. Aku tengok dia punya sepah masa carik tu, boleh ada ular kot buat sarang dalam tu. Dia sibuk-sibuk cari, aku sempat turun jap pergi vending machine nak beli air gas. Hoho.

Balik je aku, aku nampak dia keluar bilik. Aku pun tanyalah,dah jumpa ke purse kau? Tiba-tiba dia bagi henpon kat aku. Nampak macam dia tengah in conversation dengan seseorang tapi asal bagi kat aku. Aku just pegang henpon tu walaupun aku terdengar suara makian cacian yang maha hebat. Aku tak tau orang tu tengah maki aku kut. So aku pun tanya je ngan dia, "asal kau bagi aku henpon ni?" So dia bagitau akak dia nak cakap dengan aku. Oh yeke. Cakap lain kali kuat sikit aku ni dah lah pekak.

Bila aku mula je Hello, rasa macam tembus tau suara dia. Eh kakak dia ni asal serang aku. Sampai sekarang aku masih teringat lagi suara makian kakak dia. Oh alkisahnya sekarang ni family dia dah tuduh aku yang curik sedangkan tempoh sejam yang aku berdua dengan dia tu, sikit pun takde menjejakkan kaki ke kawasan dia tau. Kakak dia suruh aku mengaku kat mana aku simpan purse dia. Masalahnya rupa purse tu pun aku tak tau. Adik dia cakap purse dia besar ntah besar fail ke document case ke aku langsung tak tau. Siap nak sihir aku lagi. "Eh kau aku sihir kau nanti pakai fon ingat aku takut dengan kau ke?"

Aku tak tahu menahu beb. Suruh aku bersumpah bagai. Dengan nama mak bapak lagi. Sampai tahap ni aku dah takleh bersabar waima sedikit pun. Walaupun sebelum tu aku masih lagi cakap elok pasal aku tak buat semua tu. Aku memang dah tahap nak mengamuk, aku bagitau terus, "saya bersumpah dengan nama Allah, mak saya yang dah dalam kubur tu, saya tak ambik apa-apa barang adik akak." tau pulak slow suara lepas tu. Nak kena guna nama Tuhan eh baru kau nak percaya? Murahnya Tuhan tu pada diri kau? Memang perang abis la sampai sekarang. We dont talk anymore like we used to do~

Actually kalau just kami tak bercakap aku tak kisah sangat dan tak la sibukkk sangat nak update kat sini. Tapi nak buat macam mana, dia dah buat tahi busuk. Ada satu hari tu, aku keluar sekejap je. Masa nak keluar tu jugak, aku bawak kunci. Tak tau kenapa gerak hati mintak untuk aku bawak je kunci. Aku pegi area ampaian baju. Nak check baju dah kering ke belum. Tu je. Then macam dah tak menitik-nitik so aku nak letak kat ampaian aku kat luar bilik. Takde mesin basuh kan so jadila tradisional sikit. Hoho. Nak perah kasi air habis sepenuhnya memang aku tak larat la. Sakit bahu I. Berbalik kepada cerita aku ni. Masa aku tengah kat luar bilik tu, minah ni ada lintas aku then masuk bilik. Ntah dari tandas ke apa aku tak tau lah. Aku pulak masih lagi tengah gantung baju then pilih mana yang dah kering pasal aku nak letak dalam almari. Aku nak masuk, pintu tu kunci. What the hell celaka tul minah ni. Hari tengah panas terik pulak memang rasa nak tampar je muka dia. Paling baik pun aku rasa nak maki dia depan-depan. Tapi aku sabar je tahan hati. Walhal masa bukak pintu tu aku menyumpah jugak sebenarnya. "Paloi pompuan tok" Mumbling alone depan pintu

Well siapa je tak marah. Terang-terang kot roommate depan pintu, tu pun nak kunci ke? Bangang ke apa? Nasib baik aku bawak kunci tau. Kalau aku tak bawak, ada jugak yang aku ketuk kuat-kuat pastu maki. Selamat jelah dia kat situ. Rupanya tu bukan kali pertama berlaku. Roommate aku lagi sorang yang okey dengan aku pun kena. Tu lagi sadis, tak bawak kunci. Apa lagi, ketuk kuat-kuat la. Pasal tu sekarang aku dengan yang sorang ni buat hint masing-masing. Sengaja nak sindir je sebenarnya. "Tirah, takyah kunci pintu tau. Saya gi mandi."  "Nina, takyah kunci. Saye tak bawak kunci" Dengan harapan saja nak kenakan orang tu supaya berperikemanusiaan sikit. Nasib baik kitorang tak balas perbuatan dia tu. Kalau balas, haaa padan muka. Mereput la kau kat luar sampai si Zaki balik hoho.

Siapa suruh cari pasal dengan orang. Dah la awal-awal sem. Belum sampai 2 minggu lagi tu. Kes purse hilang tu pun aku masih tak lupa lagi sampai sekarang. Tu la yang pertama aku call bapak aku kat Bintulu. Menangis-nangis lagi haaa nak sangat tengok the other side aku yang nampak macam samseng tapi sebenarnya tak pun. Sampai tersekat-sekat lagi suara masa tu. Habis kembang mata aku sampai esoknya. Mau tak bising orang tua tu dengar aku kena tuduhan bodoh macam tu. Tak cukup dia bising masa aku call, lepas siap phone call dia siap whatsapp lagi aku.

Fikir la logik sikit. Memang la banyak kes barang hilang tapi benda tu pun berpunca dari kecuaian diri sendiri je lah. Kalau la betul aku ni pencuri ke apa ke, tu yang setahun aku kerja kat bookstore tu apa? Sehari paling kurang pun RM2000 duit yang dalam tangan aku. Ada ke hilang sampai beratus? Setahun aku kat situ, short paling banyak pun RM12 je. Tu pun aku bayar je terus takde tangguh-tangguh. Untuk apa keluarga aku bazirkan lebih RM5000 semata-mata untuk tanggung perbelanjaan aku ke sini? Baru duit nak ke sini tau. Belum lagi sepanjang 3 tahun akan datang.

Keluarga aku tak kaya sangat. Terus terang aku bagitau. Makcik aku yang banyak tanggung perbelanjaan aku ke sini. Tiket kapal terbang, penginapan hotel, makanan, baju pun banyak dia yang tolong belikan. Semua orang tau tiket kapal terbang bukannya murah. Hotel pun payah nak dapat yang murah. Make sense la sikit.

Sampai sekarang aku still tunggu dia dan kakak dia officially mintak maaf dengan aku. Dengar cerita, dia ada cakap sorry pada malam yang sama. Officially mintak maaf dulu. Bersemuka dengan aku. Sekali dengan kakak kau yang bagi tuduhan maha berat tu. Terus terang eh, aku tak terima maaf melalui text ke call ke apa segala medium la. Datang jumpa aku. Baru aku fikir nak ampun ke tak. Benda tu dah jejaskan maruah aku dengan keluarga. Sampai bangkitkan nama mak bapak lagi. Memang tak ambik ringan la. Siap kawan-kawan yang rapat dengan dia pun dah pandang aku serong. Dengar la propaganda kawan korang tu.

Well, sekian je. Nak letak lagi panjang tak mampu. Kang ada je benda lain tak siap sedangkan masa aku banyak habis kat sini hahahah. Laptop ni pun satu jugak bangang nye. Tak mau connect wifi pulak ewahhh banyak cekadak tul.

Bai.


Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Rabak

Minah sekut