Almost there

Heyyo! 

Its been a long time already since my last post on this blog. Sorry! Probably been to busy with student life. You know, being sleepy and hungry can make you forget everything. And yeah, almost final. And almost home! Guess I am eager to go home rather than waiting for final. But of course, final then home! 

Aku dah daftar subjek untuk next semester. Dan proses sebelum mendaftar subjek tu, kena jumpa dengan penasihat/penyelaras akademik (idk which one. Ada orang sebut penasihat. Ada yang sebut penyelaras. But we all semua sepakat sebut, PA je). Punya susah nak jumpa dengan PA ni. Hari yang sepatutnya dia available, pun dia takde. Terpaksa selit kertas bawah pintu semata-mata nak notify dia untuk mintak tolong bukakkan sistem so kitorang boleh daftar subjek. Bila dah lewat sikit daftar subjek, tak sama kelas dah aku dengan budak 3 orang tu. Kelas core je boleh together. Yang lain, aku sorang je hahaha. Nvm. Okey je. Making new friends is always the best part in uni. 

Salah satu penyumbang kesibukan aku jugak adalah, meeting sentiasa. Tak kisah la meeting event kolej ke, meeting kokurikulum ke. Memang masing-masing suka betul buat meeting malam-malam. Kalau kelas aku pack haritu, balik kelas je aku terus tido. Set alarm gak laa. Then mandi, alas perut sikit, terus meeting. Kalau kelas tak pack, boleh rilek rilek luuu. Nasib la dah habis semua meeting dekat nak final ni. Disebabkan aku dah pegang jawatan AJK Merit under sekretariat kebudayaan haritu tambah lak sekarang setiausaha untuk event kolej next year, Nightwalk @ 15, habis dah satu MTM kolej kenal aku. Ada kebaikannya jugak la, kebanyakan MTM seusia aku so takde masalah nak berinteraksi. And ada harapan stay kolej sampai habis. HAHAHAHAH! Roommate aku timbalan presiden 2. Lagi best. 

Sekarang dah study week. Aku masih rilek je main fon, main game. Walhal berat-berat gak topik masuk final tu. Masing-masing nak esei pulak. Habis la ink pen aku. So, berakhirlah post kali ini. Takleh panjang sangat. Busy. Kbai! 

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Rabak

Minah sekut