Posts

Showing posts from 2018

Almost

Hi. Sorry sangat jarang datang sini. Biasa membebel kat Twitter je tapi pastu delete balik sebab topik bebelan vulgar sangat. 😂 (oh did they got new feature here? Tak perasan pulak ada emoji dah.) 
Baru semester 2 je. Masih dalam hitungan pelajar Tahun 1. Tapi sibuk macam ni? Wow! 😐 
Bukan sibuk assignment sangat. Tapi sibuk event kolej. Alhamdulillah event kolej went very well. Tak tau bilanya diorang nak buat post mortem meeting. S/U tak sabar nak sign out ni. Nak delete number toxic tu. HAHAH. Opss. 
Habis satu event, then aku melantik diri sendiri sebagai S/U untuk kokurikulum Bakti Siswa pulak. Allahu. Nina...kenapa kau rajin sangat ni.... Lupa ke stress jadi S/U NW macam mana? 😅 Kena pulak yang dalam group koko ni, masing-masing newbies. Means semua akan mengharapkan manusia-manusia yang ambik jawatan top untuk bagi arahan. Dan segalanya, akan dilalukan pada aku, Kak Nina yang gila ni. Kenapa gila? Dah tau bingung memang akan sentiasa melanda, tetap jugak risk diri sendiri u…

Back to my "beloved" uni life

Bersiaran dari Kolej 15 Universiti Putra Malaysia.

Yup, dah balik awal. Meninggalkan rumah. Di mana segala-gala yang ada kat rumah adalah free. Tengah-tengah malam, kadang-kadang pukul 3 pagi aku bantai bukak peti sejuk. Kat sini? Telan air liur jelah kalau tetiba craving tengah malam. Belum mula pun kuliah aku dah stress. Sebab suasana kat sini bosan! Kena bertahan lagi 4 bulan sebelum next cuti sem. Huhu. Nasib baik wifi kolej aku dah boleh login. 1 sem aku bazir data semata-mata nak online je 
Haritu masa nak take off, mata berair. Baru dalam flight dah nak nangis. Tapi dah pun terduduk dalam flight. Seat 21E pulak tu. Bertabah jelah yang mampu. Dah sampai KLIA2 kaki barai. Cramp 2 jam duduk kepit. Orang sebelah kangkang besar gila. Taufan ribut banjir semua boleh lalu. Aku hairan betul kat airport tu semua jalan laju-laju. Aku pun ikut la jalan laju jugak macam orang. Tetap tak boleh mengatasi kelajuan kaki diorang. Kaki turbo power ka apa tak tau lah. Hajat nak pergi tandas pun a…

Balik!

Actually dah sampai rumah dah pun baru nak update. Halo peeps! Updating blog dari rumah yallss! Setelah 4 bulan merengek nak balik, finally dah sampai pun ke negeriku terchenta inih! 
Actually pasni aku nak ambik flight malam jelah kalau dari KL. Taknak dah ambik flight pagi. Mengantuk siot! Kalau sampai malam, boleh terus tidur lepas je take off. Haritu mengantuk gila dah sampai je kat Bintulu. Even dalam flight, lepas orang sebelah dah ambik tempat diorang aku terus tidur. Tak dengar dah apa stewardess dok peraga kat depan tu. Yang aku tau mata aku dah mengantuk gila dan aku dah tak mampu bertahan... 
Aku rasa masa tu memang on time kut sampai. Cuma lama tunggu diorang keluarkan luggage je. Dengan muka mamai gila turun dari flight tapi syukur sampai. Walaupun cuaca sendu-sendu je kat sini. Aku rasa satu Malaysia sekarang ni memang tengah musim hujan. Pastu ramai yang acacah winter. Tengkorak kau winter. Sampai sampai je sini, terus pekena ayam penyet kegemaranku wuhuuu. Actually na…