Posts

Showing posts from February, 2018

Back to my "beloved" uni life

Bersiaran dari Kolej 15 Universiti Putra Malaysia.

Yup, dah balik awal. Meninggalkan rumah. Di mana segala-gala yang ada kat rumah adalah free. Tengah-tengah malam, kadang-kadang pukul 3 pagi aku bantai bukak peti sejuk. Kat sini? Telan air liur jelah kalau tetiba craving tengah malam. Belum mula pun kuliah aku dah stress. Sebab suasana kat sini bosan! Kena bertahan lagi 4 bulan sebelum next cuti sem. Huhu. Nasib baik wifi kolej aku dah boleh login. 1 sem aku bazir data semata-mata nak online je 
Haritu masa nak take off, mata berair. Baru dalam flight dah nak nangis. Tapi dah pun terduduk dalam flight. Seat 21E pulak tu. Bertabah jelah yang mampu. Dah sampai KLIA2 kaki barai. Cramp 2 jam duduk kepit. Orang sebelah kangkang besar gila. Taufan ribut banjir semua boleh lalu. Aku hairan betul kat airport tu semua jalan laju-laju. Aku pun ikut la jalan laju jugak macam orang. Tetap tak boleh mengatasi kelajuan kaki diorang. Kaki turbo power ka apa tak tau lah. Hajat nak pergi tandas pun a…