Almost

Hi. Sorry sangat jarang datang sini. Biasa membebel kat Twitter je tapi pastu delete balik sebab topik bebelan vulgar sangat. 😂 (oh did they got new feature here? Tak perasan pulak ada emoji dah.

Baru semester 2 je. Masih dalam hitungan pelajar Tahun 1. Tapi sibuk macam ni? Wow! 😐 

Bukan sibuk assignment sangat. Tapi sibuk event kolej. Alhamdulillah event kolej went very well. Tak tau bilanya diorang nak buat post mortem meeting. S/U tak sabar nak sign out ni. Nak delete number toxic tu. HAHAH. Opss. 

Habis satu event, then aku melantik diri sendiri sebagai S/U untuk kokurikulum Bakti Siswa pulak. Allahu. Nina...kenapa kau rajin sangat ni.... Lupa ke stress jadi S/U NW macam mana? 😅 Kena pulak yang dalam group koko ni, masing-masing newbies. Means semua akan mengharapkan manusia-manusia yang ambik jawatan top untuk bagi arahan. Dan segalanya, akan dilalukan pada aku, Kak Nina yang gila ni. Kenapa gila? Dah tau bingung memang akan sentiasa melanda, tetap jugak risk diri sendiri untuk buat semua ni.

Tapi benda-benda macam ni buat aku terkenang balik kisah lama. Apply rayuan politeknik, mintak Diploma Sains Kesetiausahaan. Tapi tak pergi masa tu. Masuk UniPutra, wehhh ambik jawatan secretary pulak. Bila aku cerita benda ni kat Big Boss, dia gelak. tapi dalam masa yang sama bagi nasihat. Nasihat dia simple je, tapi deep.
Ini amanah orang. Buat betul-betul.
Benda macam ni jugak test aku punya survival skills. Bila orang atasan kau slow, kau terpaksa bertindak sendiri. Time management? Memang betul-betul mengajar aku. Perangai aku yang suka tangguh kerja, sumpah kena betulkan. My first year in UPM is really something. Aku tak tau apa akan jadi once aku tamat study life nanti. 

Orang cakap bila kat uni ni, kena reveal inner skills yang wujud dalam diri kita. Maybe aku dah mula develop some of my hidden skills. Including talking in front of crowd. Crowd paling ramai setakat ni 70 orang la. Coursemate aku. Tak termasuk yang akan datang, yang mana akan ada 100 pasang mata tengok aku bercakap dalam kelas Pengucapan Awam. Week 10 gais. Tau la pressure minggu-minggu sebelum final tu macam mana. 

Mungkin hidden skills aku termasuk sifat kepimpinan? Hahaha who knows. Pengalaman kerja banyak ajar aku. Beruntung jugak rasanya. Sebab setahun tu ajar aku macam-macam. Buang sifat malu. Banyak bercakap. Satu je aku susah nak buang. Intonasi bercakap. I was only giving some information tapi member ingat aku ni tengah nak marah. Seriously guys, ini memang cara aku bercakap. Aku tak marah pun....

Kat uni jugak orang cakap tempat paling elok cari jodoh. Heh. All these guys pun bukannya masuk uni secara single. Masing-masing dah ada makwe sejak zaman sekolah lagi. Woww 👏👏👏

Asal korang ni maju sangat der. Celah mananya orang single macam aku ni nak dapat calon kat uni. Ada harapan membujang kut aku. Aku je penat usha orang HAHAHAH. tapi last-last aku pilih untuk give up simpan hati kat crush. Sebab memang tau takkan dapat punya. Aint gonna waste my tears over someone yang belum tentu aku punya. Baik aku menangis sebab habis duit. HAHAHAH

Btw, aku rasa macam laptop aku kureng dah support chrome ni. Nak bukak blogger pun susah. Maybe kena cari medium lain for me to spill my long words. Sama je macam blogger ni tapi benda lain. Yuna punya blog nice jugak. 


And thats the end for now. Tak janji bila next update. Bz gais. Byee 👋

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Rabak

Minah sekut